[VIDEO] Suspek 'couple' dirakam cuba pecah mesin air di Bachok


  • Tular
  • Ahad, 08 Okt 2023

Tangkap layar kejadian curi vending machine yang dipercayai terjadi di Bachok, Kelantan pada malam Sabtu.

SEPASANG kekasih disyaki mencuri wang pada mesin layan diri (vending machine) air minuman yang terletak di Bachok, Kelantan.

Menerusi satu rakaman yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, kejadian membabitkan seorang lelaki dan seorang perempuan itu berjaya dirakam sekitar pukul 11 malam Sabtu.

"Penatnya jadi perempuan belakang itu," katanya berlako di Bachok," tulis @Fitbullfifi.

Rakaman itu menunjukkan dua individu meletakkan motosikalnya berhampiran mesin layan diri air minuman untuk melakukan kegiatan tidak bermoral itu.

Suspek yang menunggang motosikal itu mulai turun dari motornya dan cuba mengumpil mesin layan diri minuman dengan menggunakan peralatan yang dibawa.

Malah rakaman itu turut menunjukkan gelagat suspek meninjau keadaan sekeliling bagi memastikan tiada orang memerhatikan kegiatan mereka.

Tidak dapat dipastikan hasil kecurian yang diperolehi kedua-dua suspek.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet pelik akan kelakuan kecurian yang dilakukan sepasang kekasih itu.

"Berapa sen sangatlah ada dalam itu," kata Samsuri Nazori.

"Rompakan kasta rendah, curi macam ini mampu untuk makan pagi sahaja," kata Mohd zaidi.

"Kesian perempuan belakang itu, jarang orang bawa kekasih mahu mencuri sekali," kata Safrina Batrisya.

"Pelik betul siapalah perempuan itu, mahu pula ikut pergi mencuri," kata Mohd Haikal.

Bagaimanapun, masih tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan dengan kejadian tersebut setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram