Doktor idam kondo Kempen Langgan & Menang, jadi hadiah istimewa buat suami


  • Bizz
  • Selasa, 03 Okt 2023

Dr Fairuz Zehan Aziz merupakan pemenang mingguan bagi hadiah minyak wangi Paco Rabanne Phantom EDT 100ml.

SALAH seorang pemenang bertuah kempen Langgan dan Menang Majoriti, Dr Fairuz Zehan Aziz gembira apabila terpilih sebagai pemenang mingguan peraduan tersebut.

Pemenang minyak wangi Paco Rabanne Phantom EDT 100ml juga tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja kerana memenangi hadiah premium itu dengan hanya membayar RM30 setahun apabila melanggan portal Majoriti.

Dia yang merupakan seorang pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur kini menaruh harapan yang lebih besar untuk merebut hadiah utama yang berupa sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd bernilai RM602,800.

Dalam pada itu, dia turut berangan untuk merebut hadiah utama itu untuk dijadikan sebagai hadiah ulang tahun suaminya yang bakal tiba 11 Oktober ini.

"Saya cadang mahu beri hadiah yang istimewa buat dia (suami) sempena ulang tahun ke-40.

"Alhamdulillah kalau terpilih akan jadi hadiah buat dia," katanya.

Sementara itu, menurut pemenang yang berusia 39 tahun itu, dia berminat untuk melanggan laman portal Majoriti sejak membaca majalah Majoriti 7 yang dibeli di Starbucks.

"Sebenarnya saya mengetahui kewujudan portal ini melalui majalah Majoriti 7 dijual di Starbucks.

"Apa yang membuatkan saya tertarik untuk membaca majalah tersebut kerana isi kandungannya lain daripada yang lain.

"Sejak daripada itu juga, saya mula melayari laman portal Majoriti Online," katanya.

Dr Fairuz turut memuji berita yang disajikan dalam portal Majoriti yang pelbagai dan antara bahagian yang sering dibaca adalah isu terkini.

"Saya suka baca berita tular kerana Majoriti adalah antara portal yang laju menyampaikan berita tersebut serta banyak juga berita luar negara yang menarik," katanya.

Pada masa sama, dia turut mengajak rakan dan keluarga yang lain untuk menyertai pertandingan kempen Langgan dan Majoriti.

Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram