TERUJA dengan hadiah mingguan yang dimenangi, seorang eksekutif, Mohamad Nafis Mohamad Azhar, 26, kini menaruh harapan yang lebih besar untuk memenangi hadiah utama kempen Langgan dan Menang Majoriti.
Nafis merupakan salah seorang daripada 11 pemenang minggu kelima kempen Langgan dan Menang Majoriti.
Dia yang memenangi minyak wangi Carolina Herrera Bad Boy EDT 50ml meluahkan rasa gembira selepas mendapat tahu dia masih berpeluang untuk merebut hadiah utama iaitu kondominium.
Nafis memberitahu, hasrat terpendamnya ialah untuk merebut gelaran pemenang hadiah utama yang berupa kondo LEA by the Hills bernilai RM 602,800.
"Saya kalau boleh nak menang kondo kerana saya baru berkahwin dan masih menyewa, jadi kalau menang itu akan menjadi rumah pertama saya buat isteri dan anak-anak.
"Saya juga berharap untuk menang kondo sebab saya mahu jaga ibu ayah saya yang sedang uzur," katanya.
Nafis pemenang minggu kelima bagi kempen Langgan dan Menang Majoriti.
Nafis berkata, jika tidak memiliki hadiah utama, dia berharap mampu terpilih untuk memenangi baucar AEON bernilai RM25,000.
"Selain dari kondo, saya tertarik dengan hadiah utama berupa baucar AEON.
"Kalau saya dapat, saya akan belanja ibu ayah perkakas rumah, sebab macam kita tahu di AEON ada pelbagai barangan elektronik," katanya.
Nafis turut memuji informasi yang sering dikongsikan dalam portal Majoriti.
"Saya selalu baca Majoriti, bahagian berita sukan dan hal-hal yang ada kaitan dengan teknologi yang diterbitkan dalam laman berita ini," katanya.
Selain itu, seorang lagi pemenang yang merupakan jurutera awam, Khalid Ismail, 29, meluahkan rasa gembiranya memenangi hadiah minyak wangi Nina Ricci Nina Rouge EDT 80ml.
Khalid merupakan pemenang bagi hadiah minyak wangi Nina Ricci Nina Rouge EDT 80ml.
"Rasa bertuah sangat sebab tidak pernah menang apa-apa hadiah apabila sertai peraduan.
Khalid berkata, dia akan berkongsikan mengenai peraduan ini untuk turut disertai rakan dan keluarganya.
"Semestinya akan beritahu kepada kawan dan keluarga saya, sebab bayar RM30 sahaja sudah dapat baucar Chef Wan dan Starbucks, sangat berbaloi," katanya.
Khalid turut memendam hasrat untuk terpilih menjadi pemenang hadiah utama yang lain.
"Kalau tak dapat kondo, baucar AEON dan kerusi urut pun okay," katanya.
Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.
Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram