[VIDEO] Isteri sayu, lihat Myvi punca rezeki suami buat Grab kena langgar lari lepas solat Jumaat


  • Tular
  • Jumaat, 06 Okt 2023

Keadaan cermin kereta bahagian belakang mangsa yang pecah selepas menjadi mangsa langgar lari di Kajang pada Jumaat.

SEBUAH kereta jenis Perodua Myvi dipercayai dilanggar lari ketika pemilik kereta tersebut sedang solat di Kajang, Selangor pada Jumaat.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh isteri mangsa, Bonda Fiqa Bondariz di Facebook, cermin belakang kereta tersebut pecah akibat dilanggar dalam kejadian itu.

"Suami solat Jumaat di Kajang. Tengok-tengok kereta sudah macam ini. Langgar lari. Sampai hati orang yang langgar.

"Harap sampailah ke orang yang langgar ni. Kereta ini saja yang kami ada untuk suami cari rezeki sebagai pemandu Grab sepenuh masa.

"Setiap hari mesti kene capai target, kadang dari lepas Subuh ke pagi balik suami pandu untuk capai target sehari.

"Sedih sangat sebab baru kelmarin kereta rosak tepi jalan. Hari ini awak langgar pulak kereta kami. Sampainya hati," tulisnya.

Sementara itu, masih belum ada sebarang tindakan atau kenyataan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram