[VIDEO] Empat sekeluarga hilang ketika pulang dari Pulau Perhentian ditemui selamat, telefon rosak punca terputus hubungan


  • 112
  • Selasa, 03 Okt 2023

Tangkap layar rakaman CCTV memaparkan kenderaan jenis Proton Saga digunakan keluarga terbabit bergerak keluar dari Pekan Kuala Besut menuju ke arah Jambatan Seberang Kastam pada 1 Oktober kira-kira pukul 10.06 pagi.

EMPAT sekeluarga yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu selepas pulang daripada Pulau Perhentian, Besut, Terengganu disahkan ditemukan dengan selamat dan tiba di rumah mereka dekat Kluang, Johor pada Selasa.

Perkara tersebut dimaklumkan seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Ahmad Nazrul menerusi hantaran yang dibuat pada Selasa.

Menurutnya, empat sekeluarga itu sebelum itu dikesan berhenti di sebuah kedai makan di Kluang, dan ia turut disahkan sendiri oleh pemilik kedai terbabit.

"Alhamdulillah mereka disahkan selamat tiba di rumah mereka di Kluang, Johor.

Ahli keluarga mereka dari Johor yang datang ke Terengganu pagi tadi sekarang sedang dalam perjalanan pulang ke Johor.

"Mereka telah berhubung dengan saya," ujar Ahmad Nazrul.

Menurutnya, punca empat sekeluarga itu terputus hubungan adalah kerana telefon pintar yang dibawa mengalami kerosakan kerana dimasuki airi ketika melakukan aktiviti snorkelong di Pulau Perhentian pada Jumaat lalu.

"Sejak dari itu mereka gagal dihubungi hingga ke hari ini (Selasa). Diharapkan tiada mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini.

"Kenyataan rasmi akan dikeluarkan pihak berwajib sebentar nanti," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, turut mengesahkan mengenai perkara itu adalah menantu kepada wanita tersebut yang menggunakan nama akaun Facebook, Ah Pek.

"Alhamdulilah ibu mertua,adik ipar lelaki dan dua orang anak saya telah selamat dijumpai. Terima kasih pada semua rakan, pihak polis dan semua yang terlibat membantu kes ini sehingga selesai," katanya.

Sebelum itu, ibu Pejabat Polis Daerah Besut mengesahkan menerima laporan pada Isnin mengenai mengenai kehilangan empat sekeluarga tersebut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, empat sekeluarga itu terdiri daripada seorang wanita bersama dua anak, seorang adik lelakinya yang tidak dapat dihubungi sejak Sabtu lalu sehingga kini.

Katanya, siasatan mendapati kesemua mangsa telah pergi ke pulau peranginan itu pada 29 September dan menginap di Senja Bay Resort sebelum mendaftar keluar pada 1 Oktober pukul 8 pagi.

Abdul Rozak menambah, siasatan dijalankan juga mendapat semua mangsa aktiviti snorkeling pada 29 dan 30 September lalu.

Empat yang hilang itu terdiri daripada seorang wanita, Abdul Ghani, 52, yang berasal dari Kluang, Johor bersama anaknya, Mohamad Aiman Mohd Rafee, 21 serta dua cucunya, Sasa Alesha, 7, dan Ahmad Dhani Mohd Saiful, 4.

Menurut Abdul Razak, hasil semakan terhadapa kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kenderaan yang digunakan keluarga terbabit sudah bergerak keluar dari Pekan Kuala Besut menuju ke arah Jambatan Seberang Kastam pada 1 Oktober lalu kira-kira pukul 10.06 pagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram