TINDAKAN seorang lelaki dipercayai jurulatih sebuah kelab badminton yang memukul dan mengasari pelatih di sebuah dewan dekat Kajang, Selangor pada Selasa mengundang kecaman ramai.
Rakaman tular berdurasi 30 saat itu memaparkan dua remaja tersebut ditengking dan dihentak dengan kerusi plastik oleh lelaki dewasa berkenaan.
Tidak menunjukkan sebarang reaksi melawan, salah seorang daripadanya kemudiannya dipukul dan ditumbuk beberapa kali sehingga terkulai di permukaan gelanggang badminton tersebut.
Meraih lebih 150,000 jumlah tontonan di laman media, warganet menggesa agar si pelaku ditahan polis.
Punca kejadian belum dapat dipastikan buat masa sekarang dengan identiti pihak berkenaan juga tidak kelihatan jelas akibat cahaya lampu agak malap di lokasi kejadian.
"Anak orang kau buat macam itu, mak ayah dia hantar pergi latihan berbayar bukannya percuma, kalau tak boleh jadi pelatih yang baik jangan buat hal pula," kata Nadzirah Mansor.
"Kalau anak aku kau buat macam ini, muka kau cium tanah awal lagi bro," ujar rna_r8.
"Aku pun melatih budak juga tapi tak pernah terlintas nak bantai sampai macam itu sekali, sukan untuk rekreasi dan sihat bukan nak tambah lebam sakit badan, harap polis ambil siasatan segera," jelas Izz_wakaka.
Belum ada kenyataan polis berhubung insiden tersebut setakat ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta segera ke balai berhampiran untuk membuat laporan lanjut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram