'Belum ada keputusan', PM Anwar nafi dakwaan rombak kabinet


  • Primer
  • Selasa, 03 Okt 2023

Anwar Ibrahim perjelas isu rombakan kabinet yang hangat diperkatakan di laman media sejak kebelakangan ini.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau belum mempunyai keputusan berhubung rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan seperti yang diperkatakan sesetengah pihak.

Anwar turut menjelaskan tujuan beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Selasa adalah bagi mesyuarat Pra-Kabinet seperti kebiasaan.

"Belum ada keputusan. Tadi saya menghadap Tuanku untuk bincang mesyuarat Kabinet esok (Rabu).

"Tiada kaitan lagi dengan perubahan Jemaah Menteri. Esok lepas mesyuarat Kabinet saya ke Sabah dan kemudian ke Abu Dhabi," katanya ketika ditemui media selepas majlis penutup Khazanah Megatrends Forum 2023 di Kuala Lumpur pada Selasa.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan Perdana Menteri dijangka mengumumkan rombakan Kabinet selepas mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram