TINDAKAN seorang lelaki melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar sebuar parkir berbayar mengundang kecaman warga baru-baru ini.
Namun begitu, tidak dinyatakan lokasi dan tarikh sebenar insiden tersebut berlaku.
Melalui video tular yang dimuat naik di laman X (Twitter) pada Jumaat memaparkan lelaki berkenaan pada mulanya dilihat seperti menjerit ke arah seseorang dalam keadaan marah.
Dia yang memakai baju merah jambu dan menggunakan pelitup pelitup muka kemudiannya dilihat menolak palang berkenaan beberapa kali sehingga rosak.
Setelah beberapa percubaan, pintu palang akhirnya berjaya dibuka.
Maklumat awal yang dikongsikan, lelaki berkenaan bertindak sedemikian kerana enggan membayar caj parkir di kawasan tersebut.
"Orang b***h tak nak bayar parking," tulisnya.
Melalui video berdurasi 35 saat itu juga, selepas menolak palang parkir tersebut, lelaki itu kemudiannya beredar dari kawasan itu dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda warna putih jenis Toyota Hilux.
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa ataupun pihak pengurusan parkir berkenaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram