[VIDEO] Tunjuk contoh tak baik, selamba 'kutip' telefon pintar milik orang depan budak


  • Benua
  • Khamis, 21 Sep 2023

Tangkap layar insiden kecurian berlaku di sebuah pusat beli belah Suzuya Marelan, Medan, Indonesia.

TINDAKAN seorang lelaki yang dirakam mencuri telefon pintar di sebuah pusat beli belah Suzuya Marelan, Medan, Indonesia pada Sabtu lalu mengundang perhatian ramai.

Insiden terbabit berlaku apabila seorang pemuda terlebih dahulu dirakam sedang duduk di laluan panggung wayang dan tercicir telefonnya di lantai.

Namun, tanpa diduga seorang lelaki dipercayai baru keluar dari bilik pawagam terus menendang dan menyembunyikan peranti berkenaan ketika lalu di laluan tersebut.

Tidak disedari si pemilik, dia kemudiannya terus mengambil dan melarikan telefon itu.

video

Namun, situasi terbabit berjaya diketahui seorang kanak-kanak dipercayai anak kepada mangsa apabila terlihat akan kegiatan itu di depan matanya.

Menurut mangsa yang dikenali sebagai Firmansyyahputra, dia pada mulanya hanya duduk dan meletakkan telefonnya di lantai untuk seketika.

Namun, sebaik bangun dia terlupa untuk mengambil telefon pintarnya sebelum ia dicuri individu tidak dikenali.

Meskipun cuba untuk membuat panggilan, telefon terbabit difahamkan sudah dimatikan dan gagal ditemui. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram