[VIDEO] Dah 2-3 suap nasi, wanita naik loya jumpa lipas dalam botol kicap


  • Tular
  • Khamis, 21 Sep 2023

Tangkap layar video memaparkan lipas dijumpai wanita tersebut di dalam botol kicap yang digunakan.

SEORANG wanita berdepan detik meloyakan apabila menemui beberapa ekor lipas di dalam botol kicap yang digunakan ketika sedang menikmati makanan di rumah.

Lebih mengejutkan, perkara itu hanya disedari selepas isian kicap di dalam botol tersebut hampir habis digunakan.

"Kisanya kicap ni dah nak habis, tapi aku tuang kali pertama dekat nasi dan kali kedua nak tuang tiba-tiba ternampak binatang ni.

"Dah telan nasi dua tiga empat suap dah, kali kedua tu baru perasan," tulis pengguna TikTok yang menggunakan nama akaun Laylaazli.

Video yang dimuat naik pada Rabu itu turut tular di sosial media susulan perkongsian dibuat.

Dalam pada itu, di ruangan komen, beberapa warganet turut berkongsikan pandangan mereka berkenaan punca menyebabkan lipas berkenaan boleh masuk ke dalam botol kicap berkenaan.

Menurut mereka, ia berkemungkinan berlaku kerana kecuaian ketika menyimpan botol kicap tersebut.

"Kadang tu dia masuk sebab penutup tak rapat. Sebab aku pernah kena. Mula-mula ingat nak cakap salah kilang, tapi padahal kecuaian kita," tulis Peah.

"Hah! Siapa yang lupa tutup botol kicap tu?" soal Nur.

"Tak silap lipas memang boleh kecilkan badan dia kalau nak masuk laluan sempit. Jadi lebih baik tutup rapat-rapat bekas makanan korang." kata AisKopi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram