
PEMAJU hartanah, OSK Property bekerjasama RHB Banking Group bagi membolehkan semua pelanggan OSKP baharu menikmati proses permohonan pinjaman perumahan yang lancar melalui aplikasi RHB MyHome.
Berdasarkan konsep ‘rumah idaman anda hanya satu klik sahaja’, pelanggan boleh menyemak kelayakan pembiayaan rumah mereka melalui telefon mudah alih tanpa perlu menyerahkan dokumen sokongan.
Selain daripada itu, pelanggan juga boleh menyemak status permohonan mereka melalui aplikasi tersebut yang boleh dimuat turun bagi peranti mudah alih iOS dan Android.
Aplikasi tersebut juga menawarkan pelanggan sistem penjejakan dan permohonan pinjaman perumahan yang komprehensif, serta disokong oleh pelbagai perkhidmatan yang menawarkan pelanggan dengan kelulusan segera yang mudah, cepat dan ringkas.
Pelanggan boleh mengambil foto dokumen sokongan mereka dengan mudah dan menyerahkan dokumen yang diperlukan kepada RHB dengan memuat naik dokumen tersebut secara dalam talian melalui aplikasi tersebut pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.
Status permohonan gadai janji juga dikemas kini dengan kelulusan segera sekali gus memudahkan pelanggan untuk menerima kemas kini tentang kadar faedah terkini, semuanya di hujung jari mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif OSK Property, Ong Ghee Bin berkata, pihaknya berbangga kerana dapat membentuk perkongsian strategik ini dengan RHB Bank.
"Kami percaya dengan kerjasama ini dapat memudahkan kami yang ingin mendapatkan pembiayaan paling kompetitif untuk rumah baharu mereka sekali gus memudahkan pengalaman pemilikan rumah untuk mereka.
"Di OSKP, kami berhasrat untuk memastikan pengalaman pemilikan rumah berjalan lancar untuk pelanggan kami dengan penggunaan teknologi.
Sehubungan itu, mempunyai rakan kongsi tepat adalah bahagian penting dalam usaha ini. Sebagai tambahan kepada permohonan pembiayaan tanpa kerumitan dan proses kelulusan, RHB MyHome App juga menyokong pengalaman perbankan yang lancar dengan kemudahan tambahan pembiayaan dengan hanya satu klik sahaja,” katanya.
RHB MyHome boleh digunakan untuk semua pembangunan OSK Property seperti Shorea Park di Puchong, Selangor, LEA by the Hills di Taman Melawati,Kuala Lumpur, Perbandaran Iringan Bayu di Seremban, Negeri Sembilan, Rubica di Butterworth, Pulau Pinang dan Yarra Park Township di Sungai Petani, Kedah.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman sesawang https://rhbmyhome.oskproperty.com.my/ . — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram