
SEORANG pelajar tingkatan tiga yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Batu 20 1/4, Kampung Padang, Kajang, Selangor pada 13 September lalu, sudah ditemui pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, remaja perempuan yang bernama Nur Shafina Maisarah Abdullah berusia 15 tahun itu ditemui selamat di kawasan Semenyih.
“Berdasarkan siasatan, punca remaja terbabit keluar dari rumah kerana berlaku perselisihan faham dengan keluarga,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Mohd Zaid berkata, siasatan dilakukan mendapati kali terakhir remaja itu dilihat oleh ibunya pada pukul 6.15 pagi ketika keluar rumah menaiki bas untuk ke sekolah dengan berpakaian sukan.
“Saksi yang juga rakan sekolahnya ada melihat remaja berkenaan turun dari bas tetapi dia tidak masuk ke kawasan sekolah.
“Difahamkan remaja terbabit tidak mempunyai sebarang masalah dengan keluarga sebelum ini. Pengadu cuba hubungi telefon bimbit anaknya, namun panggilan tidak dijawab,” katanya.
Terdahulu, remaja tersebut dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya.
Susulan itu, polis juga menerima laporan daripada ibunya yang merupakan suri rumah berusia 34 tahun pada pukul 10.40 pagi pada Khamis. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegra