Rempuh belakang lori 10 tan, 2 remaja maut di Sarawak


  • 112
  • Jumaat, 15 Sep 2023

Mayat mangsa yang dibawa keluar dari bawah lori oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok pada Khamis.

DUA orang remaja maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori seberat 10 tan di Saratok, Sarawak.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian yang berlaku di pasar Maludam, Sarawak kira-kira pukul 8.10 malam Khamis.

“Setiba di lokasi kejadian, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok bertindak mengeluarkan seorang daripada mangsa dari bawah lori terbabit,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

msg1050426791-16624

Pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) ketika menyelematkan mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Saratok.

Mengulas lanjut, katanya, mangsa seorang lelaki berusia 27 tahun itu kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh para petugas paramedik dari Klinik Kesihatan Maludam, Sarawak.

Katanya lagi, mayat mangsa tersebut kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Manakala seorang lagi mangsa lelaki dipercayai rakannya yang berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Maludam.

“Bagaimanapun, mangsa yang berjaya dikeluarkan dari bawah lori berkenaan telah meninggal dunia akibat kecederaan parah.

“Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Maludam menggunakan ambulans sebelum meninggal dunia,” tambahnya.

Sementara itu, pemandu lori yang terbabit dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram