Wong Chun Wai dilantik Pengerusi Bernama


  • Massa
  • Selasa, 12 Sep 2023

Pengerusi Bernama yang baharu, Datuk Seri Wong Chun Wai.

TOKOH media terkemuka, Datuk Seri Wong Chun Wai, dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu, berkuat kuasa 1 September lalu.

Pelantikan beliau ialah untuk tempoh dua tahun sehingga 31 Ogos, 2025.

Chun Wai, 62, menggantikan Datuk Ras Adiba Radzi yang telah tamat kontraknya pada 23 Januari lalu.

Penasihat Kumpulan The Star Berhad itu yang mempunyai 38 tahun pengalaman dalam industri media, bukan seorang yang asing di Bernama.

Beliau berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengelola Bernama dari 2004 hingga 2010 dan Majlis Penyeliaan Bernama dari 2010 hingga 2014.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fahmi, ketika membuat pengumuman itu pada Selasa, turut mengumumkan pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Jamil Hussin, sebagai Yang Dipertua Majlis Penyeliaan Bernama dan empat ahli majlis itu, berkuat kuasa bagi tempoh sama.

Fahmi turut mengumumkan pelantikan 23 ahli baharu Lembaga Pengelola Bernama mewakili kerajaan dan akhbar tempatan, yang akan berkhidmat untuk tempoh sama.

Berikut senarai ahli Majlis Penyeliaan Bernama dan Lembaga Pengelola Bernama:

1. Anggota Majlis Penyeliaan Bernama

i. Yang Dipertua: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Jamil Hussin

ii. Wakil Kerajaan Malaysia: Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa

iii. Wakil Surat Khabar di Malaysia: Pengarang Kumpulan New Straits Times, Farrah Naz Abd Karim

iv. Naib Canselor Universiti di Malaysia: Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman

v. Anggota Tambahan: Bekas Pengurus Besar Bernama, Datuk Yong Soo Heong

2. Lembaga Pengelola Bernama

Pengerusi: Datuk Seri Wong Chun Wai

i. Anggota mewakili Kerajaan: Kementerian Komunikasi dan Digital.

Anggota Tetap:

Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) dan Mastura Ahmad Mustafa (Jabatan Penyiaran Malaysia).

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman .

Ketua Pengarah Kementerian Kewangan Malaysia, Datuk Mohd Sukari Ab Hamid.

Ketua Seksyen, Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan Kementerian Luar , Natrah Mohd Zahari.

Ketua Setiausaha Kementerian Luar , Datuk Seri Amran Mohamed Zin .

Dekan Fakulti Komunikasi & Pengajian Media Universiti Teknologi MARA, Prof Madya Dr Abd Rasid Abd Rahman

ii. Anggota Mewakili Akhbar:

Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad).

Timbalan Editor Eksekutif, Mergawati Zul Fakar (Star Media Group).

Ketua Pengarang Kuik Cheng Kang (Sin Chew Daily)

Ketua Pegawai Eksekutif, Farah Hussamuddin (Sinar Harian)

Ketua Pengarang, Phyllis Wong Yang Yong (Borneo Post).

Ketua Editor, Datuk Sardahthisa James (Daily Express). — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram