[VIDEO] Dah macam gelanggang tomoi, pelajar sekolah gaduh siap ada penonton di Ketereh


  • Tular
  • Isnin, 11 Sep 2023

Tangkap layar menunjukkan kejadian pergaduhan yang dipercayai berlaku di Ketereh.

TULAR satu video membabitkan pergaduhan antara dua pelajar sekolah menengah di sebuah kawasan lapang dipercayai dekat Ketereh, Kelantan.

Klip berdurasi 30 saat yang tersebar di sosial media sejak Ahad itu difahamkan membabitkan pelajar daripada dua sekolah berasingan di daerah terbabit.

Menerusi video itu, sekumpulan pelajar yang memakai pakaian sukan sekolah masing-masing dilihat turut berada di sekitar dan bersorak menyaksikan pergaduhan berkenaan.

Bagaimanapun, waktu dan tarikh sebenar insiden tersebut tidak dapat dipastikan.

Pihak berkuasa dan sekolah terbabit juga didapati masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram