[VIDEO] Tak sempat solat hajat, Imam Masjid Al Taqwa lawan arus maut dilanggar trak pikap di Wakaf Bharu


  • Tular
  • Ahad, 03 Sep 2023

Mangsa yang menunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian selepas dirempuh sebuah kereta di Bachok pada Sabtu. —Facebook/Orang Awam

IMAM Masjid Al Taqwa, Kampung Perupok, Bachok, Kelantan maut selepas dia terlibat dalam satu kemalangan melibatkan sebuah trak pikap di jalan raya di Kampung Delima, Wakaf Bharu, Kelantan pada Sabtu.

Insiden kemalangan itu juga berjaya dirakam kamera televisyen litar tertutup (CCTV) sebuah rumah penduduk kampung berhampiran jalan raya tersebut.

Melalui video berdurasi 10 saat yang mula tular sejak petang Ahad itu memaparkan mangsa yang dikenali sebagai Ismail@Yunus Yusof pada mulanya menunggang motosikal di tepi jalan dalam keadaan melawan arus sebelum dirempuh sebuah kereta.

Berdasarkan maklumat awal yang dikongsikan pengguna aplikasi Telegram, dalam kejadian pukul 9.30 malam Sabtu itu, mangsa dalam perjalanan ke rumah anak saudaranya tidak jauh dari kediaman untuk menyertai solat hajat selepas menunaikan solat isyak di masjid.

Turut tular beberapa gambar memaparkan orang ramai mengerumuni tempat kejadian dan difahamkan pemandu trak pikap terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Belum ada kenyataan pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram