[VIDEO] Pantas ambil tindakan, JKR buat tampalan sementera jalan berlubang di MRR2


  • Massa
  • Ahad, 03 Sep 2023

JKR Daerah Gombak mengambil tindakan segera secara sementara dengan menutup lubang tersebut sebelum pihak TM membuat pembaikan kekal.

SUSULAN daripada aduan orang awam berkenaan jalan berlubang di Lebuh Raya Lingkaran Tengah (MRR2) menghala ke Kepong dan Selayang, Selangor sehingga menyebabkan kemalangan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Gombak mengambil tindakan segera secara sementara dengan menampal lubang tersebut sebelum pihak Telekom Malaysia (TM) membuat pembaikan kekal.

JKR menerima aduan pada 25 Ogos 2023 dan mula membuat hebahan kepada syarikat utiliti untuk tindakan selanjutnya.

"Pada masa sama, kerja-kerja tampalan sementara dibuat oleh syarikat konsensi pada 25 Ogos 2023.

"Kerja kerja tampalan sementara telah dilaksanakan sekali lagi pada pada Ahad secara dalaman dan TM melaksanakan pembaikan kekal pada hari yang sama," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Terdahulu, tular satu video di media sosial memaparkan sebuah jalan raya berlubang di lebuh raya tersebut.

Video berdurasi seminit lebih yang dirakam pada waktu malam itu menarik perhatian warga maya kerana perakam mendakwa rakannya terlibat dalam kemalangan selepas melanggar lubang tersebut.

Katanya, lubang yang terletak di tengah-tengah jalan raya berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram