LIMA lagi individu lelaki diberkas bagi membantu siasatan kes seorang individu maut ditembak di hadapan premis kedai di Jalan Hamzah Alang, Kapar, Klang, Selangor.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, suspek berusia antara 30 dan 40 tahun, ditahan di sekitar Kapar antara pukul 11 malam Jumaat dan 5 pagi Sabtu.
"Suspek direman sehingga Selasa dan menjadikan jumlah keseluruhan adalah seramai enam orang," katanya pada Sabtu.
Tambahnya, motif pembunuhan itu masih dalam siasatan polis.
Sebelum ini, seorang lelaki berusia 20-an dilaporkan ditahan berhubung kejadian tembakan maut pada Jumaat.
Pada 30 Ogos lalu, seorang lelaki berusia 36 tahun yang mempunyai rekod dadah dan kesalahan jenayah ditemui mati dengan kesan tembakan di sepanjang Jalan Hamzah Alang 22/KU9.
Saksi memberitahu polis bahawa mereka telah terdengar bunyi tembakan dan terdapat kemalangan jalan raya kecil di tempat kejadian.
Video insiden berkenaan telah dikongsi di laman media dan memaparkan mangsa terkulai atas jalan raya bersama kenderaan motosikal yang dirempuh. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram