[VIDEO] Kes tembak di Kapar, polis tahan suspek lelaki berusia 20-an


  • 112
  • Jumaat, 01 Sep 2023

Tangkap layar video tular memaparkan mangsa sudah terbaring di atas jalan dipercayai selepas ditembak.

POLIS menahan seorang lelaki susulan daripada kes tembakan maut yang dilaporkan berlaku di Kapar, Selangor pada Rabu lalu.

Penahanan suspek berusia 20-an itu dibuat kira-kira pada tengah hari Khamis di sekitar kawasan Kapar.

Suspek lain yang dikaitkan dengan kes itu masih sedang dikesan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao mengesahkan perkara itu dalam satu teks mesej pada Jumaat.

Dalam kejadian yang berlaku pada Rabu lalu, seorang lelaki berusia 36 tahun yang mempunyai sejarah lampau membabitkan kes dadah ditemui mati dengan kesan tembakan di Jalan Hamzah Alang 22/KU9.

Saksi memberitahu polis mereka mendengar bunyi tembakan di samping kemalangan kecil berhampiran tempat kejadian.

Video insiden tersebut turut tular di media sosial yang memaparkan mangsa terbaring di atas jalan sementara motosikalnya pula tersadai tidak jauh daripadanya. — The Star/JUSTIN ZACK

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram