[VIDEO] Ingatkan kemalangan biasa, pemuda mati kena tembak di Kapar rupanya ada 12 rekod jenayah


  • 112
  • Khamis, 31 Ogos 2023

Mayat itu ditemui pada Rabu di Jalan Hamzah Alang 22/KU9, Kapar dekat Klang, Selangor.

POLIS memulakan siasatan terhadap kematian seorang lelaki yang ditemui dengan kesan tembakan di Kapar dekat Klang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, mayat itu ditemui pada Rabu di Jalan Hamzah Alang 22/KU9.

Saksi memberitahu polis mereka mendengar bunyi tembakan di samping kemalangan kecil berhampiran tempat kejadian.

“Mangsa berusia 36 tahun dan didapati memiliki 12 rekod kesalahan lampau bagi peras ugut dan jenayah berkaitan dadah.

371975624_684363243733534_3886449942223925467_n

Motosikal mangsa turut tersadai tidak jauh daripada tempat mangsa terbaring di atas jalan dipercayai selepas ditembak. — Facebook

"Kami juga mengesan beberapa saksi di kawasan itu. Usaha mengumpul lebih banyak bukti dan rakaman CCTV sedang dijalankan untuk mengenal pasti suspek yang terlibat," kata Vijaya Rao pada Khamis.

Video insiden tersebut turut tular tular di media sosial yang memaparkan mangsa terbaring di atas jalan sementara motosikalnya pula tersadai tidak jauh daripadanya. — The Star/JUSTIN ZACK

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram