PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan Kerajaan Perpaduan akan pertahan hak setiap rakyat di negara ini.
Katanya, kerajaan akan mempertahankan hak setiap rakyat di negara ini tanpa ada yang dipinggirkan namun perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan seperti hak dan keistimewaan Bumiputera serta Islam sebagai agama Persekutuan akan terus dipertahankan.
"Kita kena pertahan semangat bahawa negara ini milik semua rakyat. Kesatuan dan perpaduan ini (perlu) dipupuk untuk dijamin masa depannya mulai sekarang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat sempena Hari Kebangsaan 2023, yang turut dihadiri ebih 6,000 hadirin di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada Rabu.
Selain itu, Anwar yang juga Presiden PKR turut menegaskan
tidak ada individu yang harus mempertikaikan peruntukan mutlak dan kukuh di dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Semua pihak harus menerima kenyataan. Mengenai bahasa Melayu, kedudukan agama Islam, kedaulatan raja-raja dan hak Melayu serta Bumiputera, tidak harus dipertikaikan, katanya.
Antara lain Perdana Menteri turut memberi jaminan semua sekolah di Malaysia akan miliki prasarana asas munasabah dan memastikan Malaysia harus terkenal dengan jaminan keadilan bagi semua rakyat termasuk golongan yang terpinggir.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Kabinet lain. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram