[VIDEO] Kerajaan sedia RM2 bilion bagi Fasiliti Peralihan Tenaga Negara


  • Primer
  • Selasa, 29 Ogos 2023

Anwar melihat pameran dilaksanakan ketika majlis pelancaran fasa kedua Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara di Kuala Lumpur pada Selasa. — Bernama

KERAJAAN akan memperuntukkan sejumlah RM2 bilion sebagai dana awal bagi Fasiliti Peralihan Tenaga Negara untuk membolehkan pemangkin kewangan secara teradun, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, kemudahan berkenaan akan mengupayakan pemangkin kewangan berkenaan dalam memastikan kelancaran aliran sumber kewangan ke arah projek-projek peralihan tenaga yang berpotensi secara marginal atau menghasilkan pulangan di bawah pasaran.

"Kemajuan kita dengan mengambil kira keadaan semasa teknologi penyahkarbonan Malaysia yang belum matang, banyak bergantung kepada sumber tenaga alternatif serta kerjasama serantau dan antarabangsa yang mantap,” kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran fasa kedua Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara di Kuala Lumpur pada Selasa.

KUALA LUMPUR, 29 Aug -- Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim delivers his speech at the launch of the second phase of the National Energy Transition Roadmap (NETR) at Kuala Convention Centre today.--fotoBERNAMA (2023) COPYRIGHT RESERVED

Anwar ketika berucap bagi melancarkan fasa kedua Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara di Kuala Lumpur pada Selasa. — Bernama

Menekankan perkara itu selanjutnya, Perdana Menteri turut menegaskan bahawa usaha terbabit turut melibatkan aspek kewangan yang besar.

"Oleh kerana cabaran utama dalam peralihan tenaga adalah pembiayaan, adalah dianggarkan pelaburan berjumlah sekurang-kurangnya RM1.2 trilion bagi tempoh 2023 hingga 2050 diperlukan untuk membolehkan peralihan tenaga secara bertanggungjawab,” kata beliau.

Malah, Anwar menjelaskan, pada dekad ini sahaja, kerajaan memerlukan peruntukan antara RM60 bilion dan RM90 bilion bagi menampung projek penting, termasuk pengembangan pengangkutan awam, memperkukuh infrastruktur grid serta usaha latihan semula modal insan.

Selain itu, beliau menyifatkan kecekapan tenaga itu sebagai antara tuas peralihan tenaga yang menawarkan penyelesaian jangka panjang secara berkesan dalam mengurus penggunaan tenaga, sekali gus mengurangkan lagi pelepasan karbon.

Atas alasan itu, Perdana Menteri berkata kerajaan akan melancarkan satu program retrofit besar bagi meningkatkan aspek kecekapan tenaga di bangunan-bangunan kerajaan.

"Satu platform ESCO (syarikat-syarikat perkhidmatan tenaga) akan dibentuk bagi menghubungkan ESCO swasta yang kebanyakannya adalah perusahaan kecil dan sederhana dengan projek-projek kerajaan.

"Peranan utama platform tersebut adalah sebagai satu perantara yang mengumpulkan projek-projek retrofit bangunan kerajaan dan menggalakkan penyelarasan awam-swasta dalam pasaran ESCO,” kata beliau. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram