‘DAULAH Terpendam atau ‘Deep State’ merujuk kepada istilah yang menggambarkan mengenai kewujudan individu atau sekumpulan individu yang berkuasa bagi menentukan keadaan politik di dalam sesebuah negara.
Tiada takrifan yang jelas untuk menggambarkan situasi 'deep state' yang sebenar namun ada yang mengaitkan pihak dikenali sebagai 'deep state' ini mempunyai pengaruh yang boleh melangkaui kuasa kerajaan dibentuk secara demokratik di dalam sesebuah negara.
Ia bermaksud sekumpulan orang dalam institusi negara yang mempunyai pengaruh besar menentukan keadaan politik melangkaui kerajaan sendiri.
Namun 'deep state' tidak semestinya dikawal oleh individu dan institusi itu mungkin dalam bentuk istana, polis, agensi perisikan, angkatan tentera, akademik, kehakiman dan perkhidmatan awam.
Jika di luar negara, kumpulan ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk institusi seperti polis, tentera, agensi perisikan atau kumpulan ahli perniagaan.
Kenyataan Saifuddin itu dibuat selepas kerajaan terpaksa melaksanakan tindakan menarik balik keputusan menyertai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah
Di Malaysia pula, kewujudan 'deep state' pernah dikaitkan dengan anggota perkhidmatan awam ketika tempoh peralihan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.
Pada ketika itu, terdapat pimpinan parti dalam kerajaan mendakwa 'deep state' menjadi duri dalam daging yang mengganggu usaha perubahan mahu dilakukan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Pada masa sama, dakwaan mengenai kewujudan elemen tersebut juga pernah dilontarkan Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Luar.
Beliau dalam temu bual sekitar April 2019, iaitu lebih kurang setahun sebelum pertukaran kerajaan pada 2020, melahirkan kerisauannya terhadap kemungkinan berlaku rampasan kuasa yang berupaya dicetuskan elemen tersebut.
Mujibu berkata 'deep state', bermaksud bila ada kakitangan awam yang masih tidak menganggap kerajaan dipilih sebagai badan induk pentadbiran negara.
Dalam pada itu, penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis, berkata 'deep state' bermaksud a[bila ada kakitangan awam yang masih tidak menganggap kerajaan dipilih sebagai badan induk pentadbiran negara.
"Berbicara tentang situasi 'deep state' ini, tidak mustahil situasi itu wujud terutamanya bila berlakunya tempoh peralihan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018 yang melibatkan anggota perkhidmatan awam.
"Seperti yang kita ketahui, rakyat di Malaysia sendiri sudah lama berada dalam satu rejim dan mereka sudah terbiasa serta selesa dengan pentadbiran tersebut.
"Namun apabila peralihan kuasa itu berlaku pada 2018 itu sudah semestinya berlaku situasi 'deep state'. Hal ini kerana ada dalam kalangan pegawai kerajaan itu seakan-akan tidak menghormati menteri yang dipilih dalam satu organisasi.
"Dan dalam masa yang sama mereka (kakitangan awam) tidak boleh menerima kenyataan sehingga menyebabkan situasi itu berlaku sekali gus ada yang memberontak menolak dasar pentadbiran baharu," katanya kepada Majoriti.
Tambah Mujibu lagi, kewujudan elemen 'deep state' itu sekali gus mengganggu perjalanan pentadbiran kerajaan kerana berlakunya percanggahan pendapat.
"Setiap kerajaan yang mengalami perubahan kepimpinan sememangnya akan berhadapan dengan kumpulan tertentu yang tidak sehaluan," katanya.
Berbicara mengenai Kerajaan Perpaduan pada ketika ini, Mujibu berasakan situasi 'deep state' itu tidak wujud kerana semua pihak dah lalui perkara itu sejak dari 2018 lagi.
"Kita boleh nampak situasi sekarang kebanyakan kakitangan awam seperti sudah lali dengan pertukaran kerajaan dan mengamalkan konsep 'tunggu dan lihat' pada ketika ini.
"Pendapat saya, penjawat awam pun dah tahu bahawa mereka terikat dengan peraturan undang-undang sebagai penjawat awam walaupun beberapa kali bertukar pentadbiran." katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,