Hanya 10 mangsa terlibat nahas pesawat Elmina, polis ambil keterangan 3 pemilik 'dashcam'


  • 112
  • Ahad, 20 Ogos 2023

Mayat sembilan lagi mangsa diserahkan kepada keluarga mereka pada Ahad berikutan proses pengecaman dan bedah siasat selesai.

KESEMUA sepuluh mangsa nahas nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor sudah dikenal pasti, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Katanya, kesemua mangsa dikenal pasti melalui pelbagai teknik patologi; dengan memadankan cap jari, asid deoksiribonukleik (DNA) dan rekod pergigian.

"Salah seorang mayat mangsa diserahkan semalam (Sabtu) dan sembilan lagi akan diserahkan kepada keluarga masing-masing hari ini," katanya pada sidang media di rumah mayat Hospital Tengku Ampang Rahimah pada Ahad.

Dalam perkembangan sama, Hussein berkata, polis juga sudah merekodkan kenyataan beberapa pemilik kamera pemuka kenderaan (dashcam) semasa menjalankan siasatan.

“Siasatan sedang berjalan dan kita akan lihat jika ada keperluan untuk memanggil lebih ramai individu untuk membantu siasatan,” tambahnya.

Pada Sabtu, Hussein berkata, mayat sembilan lagi mangsa boleh diserahkan kepada keluarga mereka pada Ahad berikutan proses pengecaman dan bedah siasat selesai.

Jenazah akan diserahkan kepada keluarga secara berperingkat mulai jam 9 pagi Ahad.

Senarai penuh mangsa yang dikenal pasti adalah seperti berikut:

1. Muhammad Hafiz Muhammad Salleh,32.

2. Datuk Seri Johar Harun, 53.

3. Muhammad Taufik Mohd Zaki, 37.

4. Khairil AzwanJamaludin,43

5. Sharipudin Shaari,51.

6. Shaharul Amir Omar,49.

7. Mohammad Naim Fawwas Mohamed Muaidi,35.

8. Idris Abdul Talib @ Ramali,41.

9. Shahrul Kamal Roslan,41.

10. Heikal Aras Abdul Azim,45.

Pada Khamis 10 orang, termasuk lapan orang di dalam sebuah pesawat ringan terbunuh selepas pesawat itu terhempas.

Seorang pemandu e-hailing dan seorang penunggang penghantaran makanan di jalan raya maut apabila pesawat itu terhempas.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.40 petang selepas pesawat yang berlepas dari Langkawi itu dibenarkan untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor. — The Star/ FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram