Tujuh waris tragedi Elmina layak terima pampasan Perkeso


  • Primer
  • Ahad, 20 Ogos 2023

WARIS layak menerima bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sehingga RM2,000 dan bayaran faedah pencen berkala. — Bernama

TUJUH keluarga mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor layak menerima pampasan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.

Katanya, beliau mengarahkan Perkeso mengambil tindakan proaktif dengan menyemak status kelayakan 10 mangsa terbabit dalam nahas itu mengikut peruntukan perlindungan Perkeso, sejurus menerima berita berhubung tragedi berkenaan.

Sivakumar berkata, hasil semakan mendapati enam keluarga mangsa mempunyai kelayakan mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), manakala satu lagi keluarga mempunyai dua kelayakan iaitu menerusi Akta 4 dan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).

"Melalui skim-skim diperuntukkan dalam akta tersebut, waris layak menerima bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sehingga RM2,000 dan bayaran faedah pencen berkala,” katanya dalam pada Sabtu.

Menurutnya, setakat ini, Perkeso sudah membuat bayaran FPM kepada tiga keluarga mangsa yang memberikan maklumat awal, sementara empat lagi keluarga mangsa belum memberikan maklumat.

Justeru, anggota Perkeso di pejabat berkaitan mengikut lokaliti waris diarahkan untuk sentiasa bersiap siaga bagi menghulurkan bantuan selayaknya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram