Pelatih juruterbang wanita berdepan detik cemas di Melaka, pesawat hilang kawalan ketika mendarat


  • 112
  • Jumaat, 18 Ogos 2023

Pesawat yang dikendalikan oleh pelatih juruterbang wanita hilang kawalan ketika melakukan pendaratan lalu tergelincir dari landasan. — PDRM

SEBUAH pesawat Piper 28 hilang kawalan semasa mendarat di Landasan 21 Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam, Melaka pada Jumaat.

Difahamkan, pesawat yang dikendalikan oleh pelatih juruterbang wanita hilang kawalan ketika melakukan pendaratan lalu tergelincir dari landasan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian membabitkan pesawat International Aero Training Academy Sdn Bhd (IATAC) berlaku pada pukul 12.16 tengah hari Jumaat.

"Berdasarkan laporan, pesawat itu dikendalikan seorang pelatih wanita berusia 23 tahun yang pada waktu kejadian dia sedang melakukan latihan penerbangan.

"Ketika melakukan pendaratan, pesawat terbabit dikatakan hilang kawalan di landasan RWY 21.

"Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun hanya mengadu sakit pada bahagian dada akibat hentakan dan dibawa ke Hospital Melaka untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram