MB Selangor, barisan exco baharu angkat sumpah 21 Ogos


  • Massa
  • Jumaat, 18 Ogos 2023

Istana Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan bagi istiadat tersebut.

ISTIADAT Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Menteri Besar Selangor akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang pada Isnin ini.

Istana Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah memberi perkenan bagi istiadat tersebut.

"Istiadat itu akan diadakan pada pukul 11:00 pagi.

“Dalam masa sama, Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan kepada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Selangor akan turut berlangsung pada hari yang sama, pada pukul 2 petang," katanya menerusi kenyataan tersebut.

Pilihan Raya Umum Dewan Negeri ke-15, pada 12 Ogos lalu menyaksikan, Pakatan Harapan (PH) menang 32 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Negeri yang dipertandingkan sementara Perikatan Nasional (PN) memperoleh 22 kerusi dan Barisan Nasional, 2 kerusi di Selangor.

Walaupun tiada nama yang didedahkan, besar kemungkinan antara calon Menteri Besar yang diperkatakan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari.

Bagi senarai 10 exco bakal dilantik, terdapat beberapa desas-desus yang beredar mengenai individu yang berpotensi terdiri dariapda 32 Adun Pakatan Harapan dan dua daripada Barisan Nasional.

Bagaimanapun, sedikit pertikaian dipercayai berlaku mengenai parti manakah yang bakal menampilkan satu-satunya wakil exco bagi mewakili kaum India.

DAP mendesak Adun Banting penggal pertamanya, V. Papparaidu untuk memegang jawatan itu manakala PKR berminat dengan Adun Sentosa penggal kedua Gunaraj George untuk menyandang jawatan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram