[VIDEO] Dengarnya kes berebut janda, punca pekerja warga asing serang kedai di Cameron Highlands


  • Tular
  • Selasa, 15 Ogos 2023

Tangkap layar rakaman CCTV mengenai pergaduhan tersebut yang dipercayai berlaku dekat sebuah kedai runcit di Cameron Highlands, Pahang.

SATU pergaduhan berlaku dipercayai membabitkan sekumpulan warga asing di sebuah kedai runcit dekat Cameron Highlands, Pahang pada Sabtu.

Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) mengenai insiden itu mulai tular pada Selasa.

Berdasarkan klip berdurasi tiga minit lapan saat itu, pergaduhan itu dilihat pada mulanya tercetus di hadapan sebuah kedai runcit membabitkan dua individu dengan salah seorang daripadanya dipercayai pemilik kedai terbabit.

Bagaimanapun, sekumpulan lelaki dipercayai warga Bangladesh kemudiannya didapati turut serta dan menyerang lelaki berkenaan.

Pergelutan tersebut turut berlanjutan sehingga memasuki kedai tersebut yang pada waktu itu sedang dijaga oleh dua orang wanita.

Situasi berkenaan menyebabkan terdapat barangan di dalam kedai terbabit yang turut berterabur di atas lantai akibat insiden terbabit.

Lelaki yang diserang itu turut dilihat mengalami kecederaan sehingga menyebabkan mukanya berdarah akibat pergelutan berkenaan.

Dalam pada itu, terdapat warganet mendakwa pergaduhan itu berpunca akibat daripada perebutan wanita antara dua orang warga asing di kawasan tersebut.

"Indon (libatkan pekerja Indonesia), kes berebut janda," dakwa John Carlos.

Setakat laporan ini ditulis, belum ada kenyataan daripada pihak berkuasa berkenaan kejadian terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram