Terima peruntukan tertinggi, Kerajaan Perpaduan tak pernah pinggirkan Kelantan — PM Anwar


  • Primer
  • Khamis, 10 Ogos 2023

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berucap ketika Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik ke-36 pada Khamis.

KERAJAAN Perpaduan tidak pernah meminggirkan Kelantan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, berdasarkan fakta, Kelantan sebenarnya merupakan negeri yang menerima peruntukan tertinggi daripada kerajaan Persekutuan.

"Malah, semua pandangan dan cadangan yang penting daripada kerajaan negeri seperti tebatan banjir, isu air dan pembangunan negeri, saya terima dan komited untuk selesaikan.

"Ini pandangan (Kelantan dipinggir) tak ikut fakta, malah saya nak ulang, peruntukan kerajaan (kepada Kelantan) sekarang lebih banyak daripada sewaktu PAS dan Bersatu dalam kerajaan, itu cukup (sebagai bukti) ... semasa dia (PAS) dalam kerajaan sibuk soal lain,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik ke-36 pada Khamis.

madani

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan media mengenai dakwaan Penolong Setiausaha Agung PAS, Mohd Syahir Sulaiman dalam sesi debatnya bersama Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pada Rabu bahawa negeri itu tidak pernah merasai nikmat ‘federalisme’ akibat pimpinan negeri berbeza dengan persekutuan.

Anwar berkata, kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS, termasuk pemimpin muda seperti Syahir, seharusnya lebih berani membetulkan masalah dalaman selain memberi cadangan yang baik untuk pembangunan negeri itu.

Sementara itu, mengulas laporan media mengenai keputusan bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P. Ramasamy melepaskan semua jawatan dalam DAP dan mengumumkan keluar daripada parti itu hari ini (Khamis), Pengerusi PH itu berkata, beliau akan mendapatkan pandangan sebenar Ramasamy berkenaan keputusannya itu.

KUALA TERENGGANU, 9 Ogos -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat Manir dan Ceramah Jelajah MADANI di Kampung Batu Hampar malam ini.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Anwar berkata, berdasarkan fakta, Kelantan sebenarnya merupakan negeri yang menerima peruntukan tertinggi daripada kerajaan Persekutuan. — Bernama

"Dia sahabat saya, saya akan dapatkan pandangan dia, dia faham desakan dan keadaan kita... mungkin ada beberapa masalah khususnya parti (DAP).

"Tapi saya harap dia (masih) main peranan konstruktif membantu kerajaan dengan pendekatan MADANI ini,” katanya.

Media pada Khamis melaporkan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai itu sudah mengutus surat bagi tujuan melepaskan jawatannya kepada Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow, masing-masing pada pukul 8.24 dan 8.25 pagi. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram