[VIDEO] Tragis! Budak main skuter maut kena rempuh trak pikap dalam taman perumahan di JB


  • Tular
  • Isnin, 07 Ogos 2023

Tangkap layar rakaman video kejadian yang turut tular di sosial media sejak Isnin. — Facebook

SEORANG kanak-kanak yang sedang bermain skuter di dalam sebuah kawasan perumahan dipercayai maut selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Kemalangan itu difahamkan berlaku di taman perumahan, Eco Spring, Johor Bahru, Johor dan turut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di kediaman berdekatan lokasi kejadian.

Berdasarkan klip tersebut, sebuah kenderaan trak pikap berwarna hitam dilihat sedang memasuki sebuah lorong jalan di kawasan tersebut yang ketika itu turut dilalui oleh kanak-kanak tersebut.

Akibat daripada pelanggaran tersebut, mangsa terperosok di bawah kereta terbabit.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan kes tersebut berlaku pada pukul 6.30 petang Jumaat lalu.

Menurut laporan The Star, kanak-kanak yang meninggal dunia dalam kejadian tersebut berusia tiga tahun manakala pemandu kenderaan terbabit pula difahamkan berumur 32 tahun.

Raub berkata, tiada kenyataan media akan dikeluarkan untuk menghormati keluarga mangsa.

Dalam pada itu, difahamkan, pemandu trak pikap berkenaan adalah orang luar dan bukan residen taman perumahan berkenaan.

Daripada dapatan di Facebook, ada yang mendakwa pemandu berkenaan ialah kontraktor yang dipercayai mempunyai kerja-kerja pembinaan dan ubah suai di taman perumahan itu.

"My blood boils with this contractor in Eco Spring. Kau bawa kereta dalam kawasan perumahan tu perlahan sikit. Tak ada otak ke bawa kereta macam atas highway depan rumah orang.

"Tolong gantung kontraktor ini sampai mati. Kawasan perumahan gated guarded, budak-budak memang main dalam tu, main basikal," katanya.

Dalam pada itu, rata-rata warganet turut melahirkan kemarahan mereka terhadap pemandu kenderaan itu yang dilihat memandu secara laju meskipun berada di dalam kawasan perumahan.

"Macam tu je dia bantai corner (selekoh)," soal Fadzli Zulkoad.

"Apa yang saya nampak 4x4 itu memang laju bawa dalam taman perumahan," tulis Shahrull SA.

"Gila bawa kereta macam tu sekali dekat kawasan perumahan," kata Muhamad Afiq. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram