PADAH berkelakuan aneh ketika menunggang motosikal, seorang lelaki hampir menempah maut apabila dia terlibat dalam satu kemalangan baru-baru ini.
Difahamkan, melalui video tular yang dimuat naik pada Selasa, kejadian itu berlaku di sebuah jalan raya di Kuala Lumpur dan dirakam oleh kamera papan pemuka kereta (dashcam) orang awam yang berada di lokasi kejadian.
Dalam video berdurasi kurang seminit, kelihatan lelaki berkenaan yang juga dipercayai seorang rider duduk dalam keadaan bersila sambil menunggang motosikal.
Lebih membahayakan lagi, dia juga dilihat leka bermain telefon bimbit.
Tindakannya itu membawa padah selepas dia merempuh bahagian belakang sebuah sekali gus menyebabkan dia jatuh ke lorong kanan jalan.
Dia juga hampir dilanggar kenderaan lain namun bernasib baik apabila kereta jenis Perodua Alza itu sempat memberhentikan kenderaannya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam tindakan penunggang motosikal tersebut.
"Kau bersila, selepas itu main telefon bimbit. Tak tengok depan sekali gus menyusahkan orang.
"Kalau pemilik kenderaan buat repot, kau kena saman," kata Munir Saleh.
"B***h, apa yang dia fikir duduk bersila seperti itu. Kalau kena pada kereta aku memang aku repot polis terus," kata Adam Ari pula.
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan media dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram