PADAH tidak membuang sisa sampah dengan betul, penduduk sebuah pangsapuri kos sederhana yang terletak di Putrajaya dikejutkan dengan kedatangan pegawai penguat kuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) pada Rabu lalu.
Dalam kejadian pukul 8 malam tersebut, para pegawai SWCorp yang bertugas mengarahkan semua penyewa Pangsapuri Putri Harmoni untuk keluar dari unit masing-masing untuk mengumpul serta membersihkan sampah yang tertinggal di luar pintu mereka serta kawasan tersebut.
Campur tangan itu dibuat selepas SWCorp menerima panggilan kecemasan daripada Perbadanan Pengurusan (MC) pangsapuri Presinct 9 berhubung masalah pembuangan sampah sembarangan yang meruncing di dalam premis itu.
Dalam operasi dua jam itu, kira-kira 264 kilogram (kg) sisa, termasuk plastik, kertas, fabrik dan makanan reput, dikutip dari koridor, kawasan lif dan tangga.
Operasi yang dinamakan Operasi Sampah Bungkus itu dijalankan dari 8.30 malam hingga 10.30 malam dan melibatkan sepasukan 160 pegawai dan pembersih dari SWCorp, polis, Perbadanan Putrajaya (PPj), pihak pengurusan pangsapuri dan Alam Flora.
Operasi berkenaan turut dihadiri pegawai dari pejabat Kesihatan Putrajaya dan Unit Kawalan Vektor.
Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan, Ummi Kalthum Shuib berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak pengurusan pangsapuri berkenaan yang meminta tolong untuk menyelesaikan masalah longgokan sampah yang semakin meruncing di premis tersebut.
Katanya, Pangsapuri Putri Harmoni mempunyai empat blok dan penduduknya juga sedar pihaknya sedang meningkatkan penguatkuasaan di hartanah strata pengasingan sisa.
Operasi yang dinamakan Operasi Sampah Bungkus itu dijalankan dari 8.30 malam hingga 10.30 malam dan melibatkan sepasukan 160 pegawai dan pembersih dari SWCorp, polis, Perbadanan Putrajaya (PPj, pihak pengurusan pangsapuri dan Alam Flora.
“Blok B tidak mengapa memandangkan majoriti penduduk adalah penduduk tempatan, tetapi blok lain, yang kebanyakannya menempatkan warga asing agak huru-hara," katanya.
Tambahnya lagi, kira-kira 198 unit di Blok A, C dan D dilatih cara mengasingkan dan membuang sampah dengan betul.
“Kami meminta penyewa keluar dari unit mereka, mengambil beg sampah yang tertinggal di luar koridor, lif dan tangga untuk dibawa turun ke bilik sampah.
"Jika melihat kepada keadaan beg-beg tersebut, ada yang sudah dibuang selama tiga hari memandangkan ada yang berulat dan berbau busuk,"katanya.
Pasukan Alam Flora kemudian bertindak mencuci lantai kawasan premis berkenaan dengan pancutan air.
SWCorp sebelum ini bekerjasama dengan pihak pengurusan untuk membersihkan dan menaik taraf tiga bilik sampah apartmen itu, yang telah menjadi tempat pembuangan sampah.
Ummi Kalthum berkata, pihaknya juga akan bekerjasama dengan pihak pengurusan untuk memasang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan itu bagi mengelak orang ramai membuang sampah sembarangan.
Beliau turut menasihatkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan pihak pengurusan pangsapuri supaya mula bertindak mengubah sikap penduduk terhadap pembuangan sampah yang betul.
“Tahun depan, kami akan menguatkuasakan program pengasingan di sumber di hartanah strata dan pemeriksaan mengejut akan dijalankan dari semasa ke semasa,” tegasnya.
Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) bagi hartanah strata, JMB dan MC boleh didenda masing-masing RM100, RM200 dan RM500.
JMB dan pihak pengurusan bangunan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SWCorp di talian 03-2245 9292 atau e-mel [email protected]. — TheStar/BAVANI M
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram