[VIDEO] Elok hantar ke kandang haiwan, warga maya kecam lelaki buang air besar dalam lif


  • Tular
  • Ahad, 06 Ogos 2023

Tangkap layar seorang lelaki membuang air besar di dalam sebuah lif baru-baru ini.

TULAR satu video memaparkan seorang lelaki didakwa warganegara China membuang air besar dalam sebuah lif baru-baru ini.

Melalui video yang dimuat naik di laman Facebook Kes-kes Jenayah di Malaysia pada Sabtu memaparkan lelaki tersebut bersama teman wanitanya memasuki sebuah lif.

Pada masa sama, lelaki yang tidak berbaju berkenaan dilihat seperti tidak keruan sebelum dia membuka seluar dan membuang air besar di dalam lif tersebut.

Lebih menyakitkan hati lagi, menerusi video berdurasi 40 saat tersebut, wanita berkenaan hanya melihat sahaja perbuatan jijik teman lelakinya itu.

Malah, kedua-dua mereka kelihatan bersahaja selepas lelaki itu membuat perbuatan yang tidak bermoral tersebut.

Berdasarkan rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) lif berkenaan, kejadian itu berlaku pada pukul 11.58 Jumaat lalu.

Namun tidak dinyatakan lokasi sebenar kejadian menjijikkan itu berlaku.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam tindakan pasangan kekasih terbabit.

"Orang pengotor seperti ini sepatutnya ditangkap dan diletakkan dalam kandang haiwan selama sebulan. Bagi dia rasa hidup bersama najis. Jijik, pengotor dan memalukan kaum," kata Wei Fern.

Seorang pengguna Facebook, Alex turut bersetuju dengan pendapat Wei Fern.

"Hantar saja ke kandang binatang. Apa yang dia fikir buang air besar dalam lif? Aku geram juga dengan kekasih dia tak tegur langsung," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram