Mayat lelaki dalam guni dipukul sehingga mati guna objek tumpul — Polis


  • 112
  • Ahad, 06 Ogos 2023

Mayat lelaki ditemukan orang awam di tapak besi buruk Taman Bukit Serdang pada Jumaat. — PDRM

POLIS mengesahkan punca kematian satu mayat lelaki yang ditemukan di dalam sebuah guni di tapak premis besi buruk di Taman Bukit Serdang, Selangor, disebabkan kecederaan akibat dipukul dengan objek tumpul.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A. Anbalagan berkata, hasil dapatan itu merupakan susulan proses bedah siasat yang dijalankan oleh doktor pakar bedah forensik di Jabatan Forensik Hospital Serdang, Selangor pada Sabtu.

"Punca kematian mangsa adalah disebabkan ‘multiple blunt force trauma’ pada seluruh tubuh badan si mati. Kes ini masih dalam siasatan pihak polis,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pada 4 Ogos lepas, mayat seorang lelaki yang disyaki dibunuh ditemukan di lokasi kejadian dan dipercayai dibunuh sebelum dimasukkan ke dalam satu guni plastik berwarna putih.

Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram