Saya bukan tidur tujuh bulan, kita kerja — PM Anwar


  • Primer
  • Isnin, 07 Ogos 2023

Walaupun terbuka untuk menerima kritikan, Anwar berkata, pihak lawan tidak seharusnya melemparkan kata-kata berbentuk penghinaan. — Bernama

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pihak yang mendakwanya hanya "tidur" semenjak menerajui pentadbiran Kerajaan Perpaduan tujuh bulan lalu.

“Saya bukan tidur tujuh bulan (yang lalu), kita bekerja”, kata Anwar sebagai respons kepada kumpulan yang mengkritik pentadbirannya.

Beliau berkata, kerajaan kini sedang berusaha menghapuskan kemiskinan tegar dan menambah beliau mengarahkan menteri terbabit untuk menamatkan kemiskinan tegar dalam tahun ini.

“Apa yang PAS dan Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) buat semasa berada dalam kerajaan selama tiga tahun selain meningkatkan cabutan judi daripada lapan kali ganda kepada 22,” katanya semasa Ceramah Jelajah Perpaduan Madani di Petaling Jaya, Selangor pada Ahad.

PETALING JAYA, 6 Ogos -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan melambaikan tangan kepada penyokong ketika hadir pada Ceramah Jelajah Perpaduan MADANI di Petaling Jaya malam ini.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Anwar Ibrahim melambaikan tangan kepada penyokong ketika hadir pada Ceramah Jelajah Perpaduan MADANI di Petaling Jaya, Selangor pada Ahad. — Bernama

Anwar berkata, kerajaan juga menaikkan harga getah kepada RM2.70 sekilo dan antara lain turut menambah baik peruntukan untuk kuarters polis.

Jelasnya, walaupun terbuka untuk menerima kritikan, pihak lawan tidak seharusnya melemparkan kata-kata berbentuk penghinaan.

"Saya ada dengar yang mengatakan Anwar khianat, Anwar bodoh," katanya

“Saya mungkin tak betul sepanjang masa, (mereka) boleh kritik dan beri pandangan, tapi jangan hina. Kempenlah baik-baik dan tak perlu kutuk dan hina kerana akhirnya kita kawan dan keluarga juga,” ujar Anwar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram