GARA-GARA tidak tahan sering dibuli, seorang pelajar sekolah menengah di Indonesia bertindak menikam rakan sekelasnya sendiri.
Memetik laporan media antarabangsa Suara.com, kejadian itu berlaku di Banjarmasin, wilayah Kalimantan Selatan.
Kejadian itu turut dirakam oleh televisyen litar tertutup (CCTV) itu dimuat naik ke akaun Twitter @MasBiiem.
Menerusi video berdurasi kurang seminit memaparkan pelajar yang dibuli itu dilihat memasuki kelas mangsa. Dia kemudian berjalan ke arah mangsa yang duduk di belakang kelas.
Murid lelaki itu terus menikam perut mangsa menggunakan objek tajam yang dibawanya sebelum melarikan diri keluar dari kelas.
Ketika kejadian, pelajar lain turut kelihatan senyap seperti seolah-olah tidak menyedari serangan itu.
Melalui maklumat awal yang dikongsikan oleh pengguna Twitter berkenaan, suspek bertindak sedemikian kerana sudah tidak tahan sering dibuli oleh mangsa.
Setakat berita ini ditulis, pelajar berkenaan sudah pun ditahan oleh pihak berkuasa tempatan dan satu siasatan lanjut sedang dijalankan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram