TULAR satu video mengejutkan membabitkan seorang calon bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini yang bertindak menolak seorang individu dipercayai warga emas sehingga terjatuh.
Klip yang tersebar sejak Selasa melalui perkongsian story di Instagram milik taufiq_pauze itu difahamkan melibatkan seorang calon daripada parti sebuah gabungan utama di dalam negara.
Berdasarkan rakaman video tersebut, calon berkenaan pada awalnya dilihat sedang duduk berbincang bersama seorang lagi individu lain di dalam sebuah premis dipercayai merupakan bilik gerakan.
Pada masa sama, seorang lelaki dipercayai warga emas yang memakai baju berwarna merah dilihat berada di hadapan premis tersebut.
Pada masa sama, lelaki itu juga dilihat cuba masuk ke tempat tersebut dengan butir perbicaraan tegang antara mereka tidak kedengaran dalam video berkenaan.
Cubaan warga emas itu untuk masuk ke dalam premis itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan calon itu yang bertindak bangun dan memarahinya sebelum dilihat menolaknya dengan dengan agak kuat sehingga jatuh tergolek.
Nasib lelaki yang ditolak dipercayai hingga terjatuh itu bagaimanapun tidak diketahui.
Calon yang terbabit dengan insiden itu dipercayai bertanding bagi merebut sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram