[VIDEO] Kredit e-tunai RM100 buat golongan berpendapatan RM100,000 setahun ke bawah — PM Anwar


  • Primer
  • Khamis, 27 Jul 2023

Anwar Ibrahim ketika berucap di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di Kuala Lumpur. — Bernama

logo madani

RAKYAT dewasa berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah akan ditawarkan kredit e-tunai RM100 daripada kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion itu akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas, merangkumi golongan B40 dan M40.

Katanya, inisiatif e-tunai kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.

etunai

Inisiatif membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion itu akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas, merangkumi golongan B40 dan M40.

"Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

"Bilangan penerima yang layak dianggar melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion," katanya ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di Kuala Lumpur pada Khamis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram