Selepas 35 tahun berkhidmat, Dr Noor Hisham akan bersara bulan ini


  • Massa
  • Isnin, 10 Apr 2023

Dr Noor Hisham (tengah dalam bidang batik) menyantuni jururawat pada majlis pelancaran pameran Evolution Of Nurses' Uniform di Muzium Negara sempena Hari Jururawat Antarabangsa. - AZLINA ABDULLAH/The Star

SELEPAS berkhidmat kepada negara selama 35 tahun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan beliau akan bersara pada bulan ini.

Bapa kepada enam anak itu berkata, beliau tidak sabar meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga selepas dia berundur pada 21 April ini, iaitu hari dirinya mencecah usia 60 tahun, iaitu umur persaraan wajib anggota perkhidmatan awam.

“Persaraan adalah babak kehidupan seterusnya. Ia adalah perjalanan hidup. Saya akan menyeberangi satu jambatan pada satu masa,” kata anak jati Selangor itu kepada The Star.

Ditanya sama ada beliau akan menikmati tempoh persaraannya itu memandangkan dirinya dikenali sebagai seorang yang bekerja keras, Dr Noor Hisham menjawab: "Biar saya bersara dahulu dan saya akan berkongsi dengan anda pengalaman saya kemudian."

Tempoh akhir perkhidmatan cemerlang selama lebih tiga dekad menyaksikan beliau menghadapi detik yang mencabar apabila negara berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Ekorannya kepimpinannya dalam mengetuai Malaysia menghadapi penularan wabak itu, Dr Noor Hisham amat diingati kerana membantu mengemudi negara keluar daripada krisis kesihatan yang melumpuhkan sebahagian besar dunia sejak 2020.

Rakyat Malaysia yang bersyukur mengabadikan sosok ketua perubatan negara yang dikenali itu menerusi lukisan mural.

"Ia adalah bahagian yang tidak dapat dilupakan dalam perjalanan perubatan saya untuk mengendalikan wabak dan memimpin cabaran sehingga kita (kini) hampir kembali normal," katanya.

Tempoh akhir perkhidmatan cemerlangnya selama lebih tiga dekad menyaksikan Dr Noor Hisham menghadapi detik mencabar apabila negara berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, ia bukan satu-satunya kemuncak kepada kerjaya cemerlangnya.

Dr Noor Hisham berkata beliau turut berbangga dengan penghormatan diberi bagi menyampaikan syarahan berprestij Martin Allgower di Kongres Pembedahan Dunia di Krakow, Poland, pada 2019 di hadapan 2,000 pakar bedah global.

Kuliah berkenaan untuk memperingati Profesor Allgower, seorang pakar bedah terkenal di peringkat antarabangsa yang merupakan pengerusi Jabatan Pembedahan di Universiti Basel di Switzerland dari 1967 hingga 1983.

Satu lagi pencapaian penting adalah kejayaan membantu perjalanan panjang Malaysia ke arah mencapai matlamat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menghapuskan Hepatitis C menjelang 2030 dan menangani isu keterjangkauan akses dan ekuiti.

“Ada banyak lagi detik lebih menggembirakan dan memuaskan dalam kerjaya saya.

"Ini termasuk mewujudkan laluan selari dalam 15 kepakaran dan banyak lagi inisiatif berimpak tinggi Kementerian Kesihatan dengan hasil terbaik pada kos berpatutan,” tambahnya.

Dr Noor Hisham sendiri adalah seorang pakar bedah terkenal yang merintis jalan di peringkat global termasuk sebagai pengerusi Jawatankuasa Pembedahan Global Persatuan Pembedahan Antarabangsa Malaysia (ISS) pertama dari 2017 hingga 2021 dan sebagai pengerusi Jawatankuasa Tetap WHO pertama mengenai Pencegahan Kecemasan Kesihatan, Kesediaan, dan Respons, iaitu jawatan yang dilantik pada Disember tahun lalu.

Health Minister Dr. Zaliha Mustafa attends ministry monthly assembly at Ministry of Health Malaysia, Putrajaya. — YAP CHEE HONG/The Star

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Beliau merupakan rakyat Malaysia pertama menerima pengiktirafan sedemikian.

Dr Noor Hisham menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai perubatan pada Ogos 1988 sebelum memegang jawatan sebagai pakar bedah am pada 1994 dan berkhidmat menjadi pakar bedah am Hospital Putrajaya pada 2004.

Beliau menggantikan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman sebagai Ketua Pengarah Kesihatan pada 1 Mac 2013. Sebelum itu, Dr Noor Hisham memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah (perubatan) Kesihatan sejak 1 Februari 2008.

Walaupun menerajui kementerian sebagai penjawat awam tertinggi, Dr Noor Hisham berkata beliau tidak pernah melupakan panggilannya sebagai pakar bedah.

Beliau memiliki kelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang pembedahan dan Ijazah Doktor Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum menyambung pengajian dalam bidang pembedahan dan latihan endokrin di beberapa universiti di Adelaide dan Sydney, Australia.

“Selain menjadi pentadbir, saya juga seorang pakar bedah endokrin payudara. Saya sentiasa merupakan seorang pakar bedah, dilatih sebagai seorang pakar bedah dan dikenali sebagai pakar bedah,” tambahnya.

Walaupun telah mencapai banyak kejayaan dalam kerjayanya, Dr Noor Hisham berkata, masih ada satu perkara yang beliau ingin lihat iaitu untuk merealisasikan Kertas Putih Kesihatan.

Dokumen tersebut bertujuan mengukuhkan sistem kesihatan negara secara holistik dan melaksanakan pembaharuan sistematik utama serta menangani semua isu perkhdimatan kesihatan.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, Kertas Putih itu dijangka dibentangkan di Parlimen pada Jun.

“Pembentangan kertas kerja adalah kritikal dan akan menandakan titik permulaan perjalanan negara ke arah pembaharuan kesihatan,” kata Dr Noor Hisham.

Beliau berkata pendapat dan idea pelbagai pihak berkepentingan telah dicari secara konsisten dan kerjasama sektor swasta dan NGO adalah penting dalam memastikan kejayaan reformasi penjagaan kesihatan.

"Cadangan menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bagi membolehkan kementerian mengambil pegawai perubatan adalah antara cadangan dalam Kertas Putih Kesihatan," katanya.

“Adalah penting untuk meletakkan proses pengambilan pegawai perubatan di bawah Kementerian Kesihatan bagi menyelesaikan isu doktor kontrak dan jawatan tetap,” ujar beliau.

Pada masa ini, proses pengambilan pekerja bergantung kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan daripada segi peruntukan.

With story: HIV: Should everyone be tested?CAPTION: The problem right now is that many of those diagnosed with HIV don?t find out until it?s too late to begin treatment.  *** Local Caption *** The problem right now is that many of those diagnosed with HIV don't find out until it's too late to begin treatment.****************************************************************The PHFS Act (1998) and Regulations (2006) - an update.Pix without caption.20060917  Fit For Life  Pg8.- YusofChanging medicineUnfortunately, in the real world of medicine, despite the best of skills and intentions, things can sometimes go horribly wrong. 20070204  Fit4Life  Pg6 - Nelson         ************************************************Let's get personalInstead of just learning about your cancer, its stage and its grade, doctors will want a complete molecularsignature of your cancer as well as how your normalgenes affect how you react to drugs20080727  Fit4Life  Pg4 - Magean

Pelaksanaan Kertas Putih Kesihatan dijangka dapat menyelesaikan isu doktor kontrak di Malaysia.

Sejak akhir-akhir ini, terdapat banyak kebimbangan dan rasa tidak puas hati termasuk ancaman mogok berhubung isu berpanjangan dihadapai doktor kontrak seperti kekurangan jaminan pekerjaan, kadar bayaran on-call rendah, waktu kerja yang panjang dan masalah buli.

Sistem doktor kontrak diperkenalkan pada tahun 2016 untuk mengatasi lebihan graduan perubatan di Malaysia.

Dr Noor Hisham berkata, perbincangan mengenai penjagaan kesihatan, transformasi organisasi dan kewangan untuk Kementerian Kesihatan telah berlangsung selama bertahun-tahun dan kini tiba masanya untuk perubahan yang serius.

“Terdapat hampir 40 tahun perbincangan tetapi tiada tindakan walaupun banyak kajian dilakukan.

“Saya ingin melihat kandungan Kertas Putih Kesihatan dilaksanakan dan direalisasikan supaya dapat diperkukuhkan sistem kesihatan,” tambahnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram