[VIDEO] 'Kalau anak jantan, turun jumpa penduduk', Pemuda PAS Gombak terus desak, tapi MB Selangor dah lama jawab isu ERCL Taman Sungai Sireh


  • Politik
  • Sabtu, 22 Jul 2023

Tangkap layar video memaparkan Mohamad Suffi mendesak Amirudin turun bertemu dengan penduduk Taman Sungai Sireh berkenaan pembinaan ECRL di kawasan tersebut.

LAGI video berkaitan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari apabila kali ini beliau didesak untuk berjumpa dengan penduduk Taman Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, Selangor berkenaan pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di kawasan tersebut.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Gombak, Mohamad Suffi Kamari menerusi video siaran langsung menerusi akaun TikTok miliknya awal pagi Sabtu mendesak agar Amirudin bertemu dengan penduduk kawasan berkenaan yang didakwa bakal dihalau untuk memberi laluan kepada pembinaan kemudahan pengangkutan itu.

"(Suruh) datang jumpa saja, itu pun tak mahu. Semua rumah nak kena ambil guys. Kenapa (tak batalkan) sebab projek bilion-bilion untung (kepada) kerajaan.

"Demi pengangkutan (lebih baik) sampai nak robohkan rumah ini, tak nak jumpa (penduduk)," katanya dalam video tersebut.

Dalam pada itu, Mohamad Suffi turut berkata, akan merakam video siaran langsung menerusi akaun TikToknya jika Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor itu ingin tampil berbincang dengan penduduk di kawasan tersebut untuk menyelesaikan perkara berkenaan.

"Saya minta Amirudin kalau kamu anak jantan, kamu berjumpa dengan penduduk Taman Sungai Sireh ini. Saya terus live sampai 3 pagi," katanya.

Bagaimanapun, Amirudin pada Februari lalu pernah menjelaskan kerajaan Selangor berjanji akan menyelesaikan masalah dihadapi penduduk tersebut yang terlibat dengan ECRL.

Memetik laporan sebuah portal berita tempatan, beliau berkata sebanyak 89 keluarga melibatkan taman itu dan Kampung Delek dikatakan terjejas dengan projek berkenaan termasuk 86 lot tanah kubur di dua kawasan berkenaan.

“Kerajaan negeri sedaya upaya cuba mengelakkan laluan ini daripada terkena penempatan penduduk tetapi tidak ada jalan lain lagi.

“Namun saya pegang (kepada) janji saya, kita akan kenal pasti penyelesaian terbaik,” katanya. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram