Sayu budak perempuan dibuang emak 'kebulur' menikah kali ke-3, hilang seorang tapi ramai lagi ibu-ibu terus doakan anak


  • Tular
  • Isnin, 17 Jul 2023

Gambar kanak-kanak malang yang didakwa 'dibuang' oleh ibunya sendiri gara-gara bapa tiri yang mengatakan budak perempuan tersebut 'bermasalah'. — Facebook/HermanSudil

SEOLAH-OLAH dibuang syurga sendiri, demikian ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan tindakan keterlaluan seorang ibu apabila didakwa melepaskan tanggungjawab dengan 'membuang' anak kandungnya sendiri.

Menerusi perkongsian Facebook seorang individu dikenali Herman Sudil pada Ahad, wanita tersebut melakukan perkara tidak berperikemanusiaan itu atas alasan bapa tiri menganggap kanak-kanak yang hanya berusia 11 tahun itu ‘bermasalah’.

Katanya, wanita berkenaan tergamak bertindak sedemikian selepas suami yang baru dinikahi tidak sampai setahun itu tidak ingin menjaga anak tirinya itu.

"Tolong lah jadi emak jangan 'kebulur jantan' sampai sanggup buang anak sebab tak nak suami marah. Ada sebab mengapa anak perempuan ini tak nak duduk dengan bapa tiri dia.

"Sanggup tunggu emak balik kerja 11 malam, kelaparan dari balik sekolah tengah hari dan tunggu di luar sebab tak nak ada serumah dengan bapa tiri," tulisnya.

Dakwanya lagi, kanak-kanak perempuan itu juga tidak ingin pulang ke rumah sebaliknya lebih banyak menghabiskan masa di rumah gurunya.

"Emak tak boleh fikir ke mungkin ada sesuatu yang menyebabkan anak itu tak nak duduk serumah dengan bapa tiri tanpa kehadiran emak.

"Ini bapa tiri kedua. Sebelum ini bapa tiri yang lain okay sahaja tak buat masalah. Tolonglah jadi orang tua pertahankan anak," tulisnya.

Menurut Herman, pada ketika ini, pihaknya sedang membantu kanak-kanak perempuan tersebut untuk mendapatkan tempat perlindungan.

"Pengurus wanita kami sedang menyelesaikan isu tersebut di balai polis berdekatan untuk menguruskan budak ini duduk di rumah perlindungan kanak-kanak TBQ Amal dan emak dia rela hati menandatangani dokumen untuk serahkan anak dia.

"Minta maaf kalau posting kali ini kasar sedikit tetapi tak boleh 'brain' dengan perangai emak-emak yang b***h!

"Saya yakin anak ini ada rezekinya yang ALLAH dah tetapkan dan insyaALLAH tak akan miskin kita bila jaga anak ini."

Namun, nasib malang kanak-kanak itu dijangka tidak berlarutan, apabila masih ramai wanita bergelar ibu di laman sosial yang mendoakan kebahagiaannya, meskipun dibuang darah dagingnya sendiri.

"Anak ini hilang satu ibu, tapi ramai ibu-ibu lain mendoakan untuknya," kata Nor Azura.

"Ya ALLAH, kesiannya anak ini.Sebaya dengan anak angkat perempuan saya. Jom duduk dengan saya, boleh kawan dengan anak saya," kata Nazira Rahman pula.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Nurul Hidayah Zulkpli menyatakan hasrat untuk mengambil kanak-kanak perempuan tersebut sebagai anak angkat.

"Apa syarat untuk ambil anak ini sebagai anak angkat? Boleh berkawan dengan anak perempuan saya yang berumur 10 tahun. Anak saya pun tak ada kawan di rumah.

"Sekurang-kurangnya kalau ada kawan boleh bersembang dan keluar petang bersama-sama. Kalau ustaz ada masa, ustaz boleh hubungi saya," tulisnya.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikelurkan oleh waris kanak-kanak berkenaan mahupun pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram