Berita kurang manis buat pengusaha bakeri, harga gula 50kg dijangka meningkat 20 peratus


  • Massa
  • Ahad, 09 Jul 2023

Peningkatan harga gula akan memberi kesan kepada pengusaha bakeri yang banyak menggunakan bahan tersebut dalam penghasilan makanan.

HARGA pek gula 50 kilogram (kg) dijangka meningkat sebanyak 20 peratus atau lebih, sekali gus menyebabkan akan memberi kesan kepada harga jualan makanan di kedai-kedai bakeri.

Presiden Persatuan Peniaga Bakeri, Biskut, Konfeksi, Mee dan Kuetiau Malaysia, Chaang Tuck Cheong memaklumkan, buat masa ini, harga pek gula 50kg itu ialah RM160.

"Jika ia meningkat sebanyak 20 peratus, harganya akan mencecah hampir RM200," katanya.

Sementara itu, Pengarah YT Frozen Food (M) Sdn Bhd, Edmund Teoh turut mengambil maklum tentang kenaikan harga barangan tersebut.

Menurutnya, terdapat peningkatan kecil dari segi harga pek gula berkenaan, namun katanya ia boleh meningkat lebih daripada 20 peratus.

"Jika kenaikan melebihi 20 peratus, harga produk YT Frozen Food akan diselaraskan dengan sewajarnya," katanya.

Pada masa sama, Edmund turut memaklumkan pihaknya menggunakan sebanyak 100 pek gula 50kg setiap bulan.

Oleh itu, katanya peningkatan harga barangan tersebut akan memberi kesan kepada penghasilan produk mereka.

Dalam perkembangan lain, pemilik kedai runcit Cheng menegaskan bahawa kenaikan harga gula halus hanya menjejaskan pengusaha komersial, dan tidak akan mempengaruhi harga per kg gula yang disubsidi oleh kerajaan.

“Harga pek 1kg yang dijual kepada pengguna domestik ialah RM2.85 setiap satu, jadi ia tidak akan terjejas,” katanya.

Bagaimanapun, Cheng memberi amaran bahawa kenaikan gula komersial mungkin menyebabkan segelintir pihak akan membuat pembelian panik terhadap bahan asas tersebut.

“Jika ini berlaku, ia akan menyebabkan bekalan gula untuk rakyat berkurangan,” katanya. The Star/KHOO GEK SAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram