Polis cekup lelaki Yaman cabul 2 pelajar universiti di Bandar Sunway


  • 112
  • Sabtu, 08 Jul 2023

Mangsa masing-masing berusia 17 dan 18 tahun itu mendakwa dicabul ketika berada dalam sebuah kedai di kompleks beli-belah Bandar Sunway.

SEORANG seorang lelaki warga Yaman ditahan polis pada Jumaat selepas didakwa mencabul dua remaja perempuan di sebuah kedai di pusat beli-belah di Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari Jumaat itu melibatkan dua mangsa terbabit yang juga merupakan pelajar di sebuah universiti.

"Mangsa masing-masing berusia 17 dan 18 tahun itu mendakwa dicabul ketika berada dalam sebuah kedai di kompleks beli-belah berkenaan.

"Suspek warga Yaman yang berusia 20 tahun itu ditahan selepas mangsa membuat aduan kepada polis bantuan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Wan Azlan berkata, pemeriksaan lanjut ke atas warga Yaman terbabit mendapati lelaki itu tiada sebarang dokumen pengenalan diri.

"Siasatan mendapati suspek tidak bekerja dan kini direman selama 14 hari hingga 20 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan