[VIDEO] Acah-acah tidur, lelaki sweater jingga kantoi dirakam rembat tabung surau


  • Benua
  • Jumaat, 07 Jul 2023

Tangkap layar seorang lelaki dirakam mencuri tabung wang sumbangan amal sebuah surau di Jalan Kebon Kelapa, Jakarta Barat baru-baru ini.

TULAR satu video memaparkan tindakan seorang lelaki dirakam mencuri tabung wang sumbangan amal sebuah surau di Jalan Kebon Kelapa, Jakarta Barat, Indonesia baru-baru ini.

Difahamkan kejadian itu berlaku pada Rabu lalu dan berjaya dirakam kamera litar televisyen tertutup (CCTV) surau berkenaan.

Melalui video tersebut, kelihatan seorang lelaki memakai sweater berwarna jingga dan membawa beg hitam dilihat membuka pintu pagar surau lalu masuk ke bahagian dalam premis berkenaan.

Dalam keadaan mencurigakan, suspek dilihat meninjau keadaan sekeliling dan dia dilihat duduk sebentar di pekarangan surau sebelum berpura-pura tidur.

Selepas memastikan keadaan benar-benar selamat, lelaki tersebut mengangkat tabung surau itu lalu melarikan diri.

Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Daerah Kalideres, Asisten Komisioner Polis Haryaman ketika dihubungi menerusi pesanan ringkas berkata, pihaknya masih belum menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

“Kami akan memeriksa lokasi kejadian,” katanya memetik laporan media okezone.com.Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram