[VIDEO] Scammer guna taktik culik budak kena 'game' lepas kantoi tak tahu nama anak


  • Tular
  • Jumaat, 07 Jul 2023

Tangkap layar rakaman scammer yang mendakwa menculik anak mangsa.

KEBELAKANGAN ini, pelbagai taktik yang digunakan oleh sindiket penipuan atau ‘scammer’ dalam talian untuk memperdaya dan mencuri wang orang ramai.

Malah ada yang lebih ekstrem dan bertindak di luar kawalan dengan memperdaya mangsa dengan mengugut ahli keluarga mangsa diculik dan meminta wang tebusan dengan nilai yang tinggi.

Belum pun reda kes seorang wanita hampir terpedaya dengan muslihat terbaharu seorang scammer yang mendakwa anaknya diculik, terbaharu tular pula satu video menggunakan modus operandi sama.

Menerusi video berdurasi lebih daripada dua minit tersebut memaparkan perbualan scammer terbabit dan mangsa.

Video rakaman tersebut turut tular dan dimuat naik di akaun media sosial. Turut kedengaran scammer terbabit meminta wang tebusan sebanyak RM50,000 jika ingin anak mangsa yang diculik itu selamat.

“Sekarang ini anak kamu ada di tangan kami. Kalau kamu nak anak kamu selamat, ikut arahan kami. Kamu jangan letak panggilan ini.

“Sekarang ni sediakan wang tebusan dulu sekiranya nak anak kamu selamat. Sediakan wang tebusan sebanyak RM50,000,” kata scammer itu.

Namun, lelaki tersebut kedengaran tenang dan tidak mudah terpedaya dengan tuntutan scammer tersebut.

"Siapa nama anak saya? Nama anak saya siapa? Jangan cakap banyak, beritahu dulu nama anak," katanya.

Pertanyaannya itu tidak dapat dijawab oleh scammer berkenaan sekali gus menyebabkan suspek berang dan cuba menukar topik.

Dalam video yang sama, scammer terbabit juga tidak mengetahui nama anak yang kononnya diculik dan terus meletakkan panggilan setelah menyedari taktiknya untuk memperdaya mangsa tidak berhasil.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan media dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram