BAGAI mencurah air ke daun keladi, masalah individu yang gemar melakukan perbuatan ‘cop’ parking masih tidak menemui kesudahan.
Biarpun pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah menetapkan peraturan, namun masih ada golongan yang tidak mempedulikan undang-undang dan tetap melakukan kesalahan sama.
Perbuatan mereka itu secara tidak langsung dilihat seperti mengancam pemandu lain kerana menghalang laluan.
Begitu juga yang berlaku kepada pemandu kenderaan apabila niatnya untuk meletakkan kereta di kawasan pakir di Bangsar, Kuala Lumpur, terbantut akibat kewujudan manusia yang pentingkan diri sendiri.
Kejadian yang dirakam kamera papan pemuka itu menunjukkan seorang lelaki berdiri di dalam kotak pakir kereta.
Rakamn video menunjukkan seorang lelaki menghalang laluan pemandu dengan melakukan kesalahan cop parking.
Sebaik sahaja pemandu ingin meletakkan kereta, secara tiba-tiba lelaki itu muncul dan menghalang laluan.
Apa yang menarik perhatian ialah tindakan lelaki tersebut yang dipercayai mengeluarkan kata-kata lucah dan memaki hamun pemandu kenderaan terbabit.
Pada masa sama lelaki itu turut mengarahkan pemandu berkenaan untuk beredar.
Untuk rekod, pesalah cop parking akan berdepan dengan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.
Perbuatan cop atau meletakkan tanda seperti kerusi, kon, pasu, ampaian baju atau berdiri atas petak parkir antara yang boleh dikaitkan dengan kesalahan itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram