Pegawai polis ditemukan mati berlumuran darah dengan kesan 'head shot' di IPD Rembau


  • 112
  • Ahad, 02 Jul 2023

Polis menerima maklumat mengenai kes itu pada 6.30 petang Sabtu dan pegawai itu ditemukan dengan kesan tembakan di kepala dalam keadaan berlumuran darah.

SEORANG pegawai polis ditemukan mati dengan kesan tembakan dekat kepala di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau, Negeri Sembilan pada Sabtu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kes itu pada 6.30 petang (Sabtu) dan pegawai itu ditemukan dalam keadaan berlumuran darah.

"Jenazah dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) untuk bedah siasat.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau meminta orang ramai tidak mengeluar apa-apa kenyataan yang boleh mengganggu siasatan polis serta menghormati keluarga si mati. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram