Ciapan biadab terhadap Presiden PAS: Anwar desak permohonan maaf


  • Primer
  • Ahad, 02 Jul 2023

Anwar menggesa Zaki Yamani yang membuat ciapan biadab terhadap keadaan kesihatan Hadi Awang supaya meminta maaf. — Bernama

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa seorang pengguna media sosial yang membuat ciapan biadab terhadap keadaan kesihatan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, supaya memohon maaf dengan segera.

Anwar menerusi ciapan di Twitter pada Sabtu, turut menyatakan kekesalan berhubung tindakan individu berkenaan.

"Saya membantah dan kesal dengan ciapan biadab Zaki Yamani dan mengarahkan beliau untuk memohon maaf dengan kadar segera,” katanya.

Akaun Twitter @Zaki_Yamani_ menerusi ciapannya pada Sabtu, mendoakan supaya Abdul Hadi, yang dilaporkan sedang mendapat rawatan di hospital, supaya diambil nyawanya.

Lelaki itu turut berharap perkara yang sama, berlaku kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setakat berita ini ditulis, individu berkenaan masih tidak memadam ciapan itu serta tidak memohon maaf.

Pada Sabtu, Muhammad Khalil, anak Abdul Hadi menerusi hantaran di laman Facebooknya memohon doa orang ramai dan solat hajat khusus untuk kesembuhan pemimpin PAS berkenaan, yang kini menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram