
TUN Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bakal mengadakan pertemuan dengan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat untuk membincangkan mengenai pergerakan Proklamasi Orang Melayu.
Menurutnya, beliau sememangnya berhasrat untuk berjumpa secara empat mata dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu bagi menerangkan tentang orang Melayu secara keseluruhannya dan bukan untuk menyokong mana-mana pihak.
“Saya ingin berjumpa dengan beliau untuk menjelaskan tujuan Proklamasi Orang Melayu.
"Pengisytiharan itu bukan menyokong mana-mana badan tertentu tetapi sokongan orang Melayu secara keseluruhan.
"Pertemuan tersebut tidak dapat diadakan sebelum Hari Raya Haji yang disambut esok," kata bekas perdana menteri itu pada sidang media selepas pulang dari lawatan 13 hari ke Eropah dan Turkiye pada Rabu.
Media pada Selasa melaporkan, Muhyiddin berhasrat untuk bertemu Dr Mahathir sebelum Hari Raya Haji untuk membincangkan kerjasama menerusi Proklamasi Orang Melayu.
Muhyiddin yang juga bekas perdana menteri berkata, Bersatu berkongsi matlamat yang sama dengan Proklamasi Melayu dalam menyatukan masyarakat Melayu di negara ini.
Dr Mahathir menulis 12 perkara dalam Proklamasi Melayu dan telah memainkan peranan penting dalam mempromosikannya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram