[VIDEO] Curi barang sembunyi dalam coli, bini Pak Arab kantoi curi vape di Perlis


  • Tular
  • Khamis, 22 Jun 2023

Wanita tersebut (kanan) dilihat mengambil barang di kedai tersebut dan menyembunyikannya di dalam pakaian dalamnya.

TINDAKAN licik sepasang individu dipercayai warganegara Arab melakukan pencurian di sebuah kedai di Mata Ayer, Perlis terbongkar selepas kegiatan mereka dirakam oleh kamera litar tertutup di premis berkenaan.

Video mengenai insiden tersebut tular di TikTok sejak Khamis yang mendedahkan modus operandi digunakan pasangan lelaki dan wanita tersebut untuk memperdaya penjaga kedai di sebuah kedai vape.

Menerusi klip berdurasi dua minit 49 saat itu, lelaki tersebut dilihat cuba menyibukkan penjaga kedai dengan membuat pertanyaan sambil teman wanitanya mengambil salah satu barangan terletak di atas kaunter jualan dan menyembunyikannya di dalam baju dalamnya.

Lelaki tersebut dipercayai turut meminta pekerja kedai terbabit untuk membuka mesin duit di kaunter untuk melihat beberapa jenis wang tunai.

Pekerja lelaki terbabit yang bertugas berseorangan dilihat akur dengan permintaan tersebut dan menunjukkan beberapa wang tunai kepada lelaki berkenaan.

Individu berkenaan dilihat turut bertindak dengan lebih jauh apabila turut masuk ke belakang kaunter jualan untuk melihat barangan jualan yang dipamerkan di atas rak kedai tersebut.

Bagaimanapun, kegiatan itu difahamkan disedari oleh pekerja terbabit selepas dia menerima panggilan daripada seseorang dikatakan mempunyai akses melihat CCTV berkenaan secara langsung pada ketika itu.

photo1687417759

Modus operandi pasangan itu dirakam oleh CCTV di kedai tersebut.

Wanita itu berkenaan dilihat segera terlebih dahulu meninggalkan kedai terbabit ketika rakan lelakinya masih sedang berbual dengan pekerja kedai itu.

Ketika lelaki terbabit mahu keluar dari kedai terbabit, pekerja berkenaan didengar bertanyakan kepada lelaki tersebut sama ada rakan wanitanya mengambil barangan dari kedai tersebut tanpa membuat bayaran.

"Hampa kalau nampak Pak Arab dua ekor ni dekat Perlis, hati-hati. Kalau dapat boleh bawa pergi balai polis terus. Datang kedai curi barang," menurut tulisan dalam video tersebut.

Dalam pada itu, terdapat juga beberapa warganet mendakwa turut pernah berhadapan dengan situasi sama dengan pasangan .

"Saya pernah kena macam ni masa jadi penjaga kaunter dulu. Kena pukau dan duit dalam peti cash boleh hilang. Tengok CCTV memang kerja Pak Arab macam ni," tulis ejazat89.

"Aku pernah kena dekat tempat kerja. Mula dia nak tengok duit RM100 aku bagi tengok. Lepas itu dia buka sendiri dompet saya, lepas dia pergi aku tengok dalam dompet duit RM600 dah takde," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram